Follow by Email

Thursday, June 23, 2011

Ummi Wished List

Masa saya mengandung dulu, saya banyak baca dan survey pasal breastpump. teringin juga nak try test breastpump mcam dekat kedai2 ternama momlittleones, lunatots, sarakids, etc. Kerja di Perak, nak travel ke Kuala Lumpur dengan alahan yang agak teruk, agak sukar juga. saya merancang nak beli breast pump lepas bersalin sebulan mcam tu. sebab nak menyusu badan dulu. kira tu lah paling lambat sekali yang kami rancang nak beli. Yang kami lebih excited nak beli baju, baby court (yang hanya menjadi tempat simpan bantal dan tilam; sebab saya dan baby co-sleeping), barang mandian, car seat baby, stroller etc.
Oleh sebab kekurangan ilmu dan tidak mendapat nasihat dari yang sepatutnya, kami tak terjangka akan ada masalah ketika itu. Saya dipaksa bersalin (induce) kerana mengalami pre eklamsia. sejurus selepas melahirkan pukul 2:38am, (di hospital rakan bayi manjung) saya bertuah kerana dapat menyusukan kurang daripada sejam walaupun sangat mengantuk (disuntik ubat untuk control darah tinggi). Hannan demam pada malamnya. tetapi kami masih boleh pulang ke rumah pukul 11 pagi besoknya.
Petang kemudian badan hannan semakin panas. lebih kurang lepas isya' kami berkejar ke emergency, suhu Hannan 38c. ketika umurnya baru SATU HARI, hannan di masukkan ke NICU. atas sebab kesihatan saya yang darah tinggi ketika itu, saya tak boleh tidur di wad bersama Hannan. Ketika itu lah mulanya masalah penyusuan saya (ada beberapa siri permasalah lagi, tapi citer lain kali jer lah).
saya tidak ada breast pump!saya tidak tahu pump guna tangan! semua buat assumption susu saya sikit ke sebab anak demam. kalau bagi susu banyak, suhu badan akan turun. saya sangat tertekan. Hannan diberi susu formula oleh nurse pada malam itu. Jangan salahkan nurse, dia suruh saya pump hantar susu untuk hannan 5 hari di sana. pada waktu melawat, nurse suruh saya menyusu secara terus.
Keesokkannya suami segera mencari breastpump untuk saya. tetapi ketika itu tidak banyak pilihan kedai yang menjual breastpump yang sesuai. ketika itu lah saya ada breastpump yang pertama ; pegion silent breastpump.

Memang silent. ada dua laras. kelajuan dan kekuatan sedutan. kalau pakai memang nak dekat sama dengan sedutan bayi. susu akan lebih banyak sebab selesanya sedutan itu. Suami saya beli dengan harga RM599.00. Dua bulan saya mengumpul stok susu sebelum ke tempat kerja menggunakan pump ini. tetapi bila dah start kerja, bos tegur saya amik masa yang lama untuk pump (di surau) sebab pump ni single pumping. sebelah B saya amik 20 minit. nak pump 3 kali time tu. saya cuma pakai 2 bulan setengah ajer. lepas tu simpan. Patut ke saya let go?

Saya pun cari breast pump lain yang double pumping. kebetulan ada kawan yang nak let go pump, saya pun kumpul duit sikit2 dan bayar secara ansuran kepada kawan yang menjual spectra 3. juga kumpul duit untuk beli barang2 yg berkaitan macam beg pum. antara kedua-dua pump ni bagusnya spectra 3 adalah double pumpingnya. dari segi kesedapan sedutan dan silent, best lagi pegion. so, bila hannan dah masuk 8 bulan ni, keinginan saya meluap2 kepada benda lain lagi. nak menambah aksesori breastpump (Kalau boleh nak tukar breastpump lain macam ameda, medala.. tapi tak der duit). ini lah yang kaum lelaki tidak tahan. ala2 nak banyakkan barang kemas. tapi saya minat ke arah sini pula.

My wished list :
  • Pumpin' Pal - Original Hands-Free Strap * boleh lah buat kerja (blogging???) sambil pump.
  • Pumpin' Pal - Super Shields Plus * nak menambah kesedapan ketika pump. susu akan kurang risiko untuk tumpah.
  • Car adapter * konon2 nak pump sambil memandu. pergi dan balik kerja.

Sebenarnya ada banyak lagi gadget2 breastpump saya teringin nak beli. termasuklah baju2 nursing mom yang cun2 di pasaran. hmm.. tapi keadaan kewangan membataskan. lagi pun masa mula2 dapat barang2 macam ni, saya akan excited nak pump. tapi lama2 macam malas sikit. Mungkin membeli barang2 impian saya ini akan menaikkan kembali semangat saya??? hahahaha ;-) kena lah berjimat cermat lepas nih. nanti kalau dah beli saya akan updated lain.

Jangan malas2 nak pump. Kumpul lagi stok yang macam kais pagi makan pagi tu. jaga diet yang seimbang supaya Hannan dpat terbaik, dan Ummi tak letih2 lagi..

Good luck Ummi..

Wednesday, June 22, 2011

Di mana letaknya REDHA?

Bila sekali masalah datang, terus tangkap hati and kepala.. dunia terasa berat tak tertanggung rasanya. mulalah rasa nak menyalahkan orang lain.. dia macam ni.. dia macam tu.. kemudian menyalahkan pula benda macam computer tak upgrade, system lembab, api dapur tak cukup kuat, kenapa traffic light merah, banyak sangat kereta atas jalan raya.. pendek kata semua tak kena.

Dekat situlah teruji sejauh mana kesabaran.. hon kereta depan? ketuk remote control sampai pecah? malas layan anak bila dia datang nak bermanja? hilang semua senyum dari bibir? atau sengaja merosakkan diri sendiri dengan buat tak reti/ tak mahu bercakap dekat suami, anak etc. tidak ada selera nak makan, solat tinggal, menangis dan menangis atau mula hisap rokok? (itu semua contoh secara random)

Lemahnya rasa sebagai seorang manusia. satu hari rasa sangat bersemangat. tapi satu hari tu rasa lesu tak bermaya. Berhenti dan cuba berfikir sejenak. Di mana mulanya punca permasalahan ini?
  • Sudah sempurnakah hubungan dengan Allah SWT? ingatkah padaNya di setiap hembusan nafas?
  • Bagaimana hubungan dengan orang di sekeliling?
  • atau masalah ini hanya dalam diri sendiri sahaja?
Manusia ni memang sifatnya tidak pernah puas. bila dah ada kereta kelisa nak tukar pula alza. dah ada wish nak pula honda city. kehendak kita pelbagai dan tidak pernah puas. Sesetengah perkara kita perlu terima bukan semua yang kita inginkan kita akan perolehi.

Sesetengah perkara kita tidak akan mampu untuk merubahnya; kecuali dengan kuasa Allah SWT. oleh itu, cuba untuk terima dan lama-lama akan larut dalam kehidupan. sebagai sebahagian daripada rencah cerita hidup kita.

perkara yang kita rasa masalah itu adalah ujian keimanan sejauh mana SABARnya kita.

Dah tahu dah semua itu, tapi kenapa yer.. masih terasa sakitnya dalam proses penerimaan???

Rabiatul Adawiyah R.A berkata "REDHA itu ialah apabila kita menerima berita buruk sebagaimana kita menerima berita baik"

Sampaikah kita ketahap itu? mungkin kah kita akan sampai ke tahap REDHA?

Ambil masa sejenak dan fikir-fikirkan..

P/s: Terima kasih kepada semua yang menjadikan hidup saya pelbagai corak. Tidakkah saya bertuah kerana hidup saya tidak hanya ada hitam dan putih, tetapi berwarna warni?

(Muhasabah mode)





Tuesday, June 21, 2011

Semangat Nak Bekerja

Adoiii.. malasnya rasa nak bangun pagi ke tempat kerja. bantal, tilam dan selimut merayu-rayu suruh tidur lagi. (itu syaitan @ nafsu tidur.. tak tau lah). Pastu bila lambat terkocoh2 nak pegi kerja. sampai ofis dok amik masa plak nak start kerja. check emel (facebook/twitter/blog) dulu lah.. macam mana nak memotivasikan diri kami ini supaya cerdas dan cergas serta inovatif nak bekerja???

  1. Sebelum tidur baca doa. bagi bangun awal. NIAT besok nak bangun awal, solat subuh awal waktu, nak ke tempat kerja dengan semangat berkobar2. SIAPkan semua kelengkapan sebelum tidur. boleh lah tidur dengan aman dan damai.
  2. Tidur sebelum pukul 12 malam. at least bagi cukup tidur 8-6 jam. Paling terbaik tidur pukul 10pm bangun pukul 4/6am tak cukup tidur punca kemalasan juga.
  3. Bangun tidur baca doa dulu.
  4. lepas cium anak, (bau Hannan sangat best), buat regangan badan sikit. ala2 streching..
  5. Ambil sarapan pagi untuk alas perut. badan yang sihat bermula dari perut yang sihat??? ;-)
  6. Salampelukcium dengan mak, ayah, suami, isteri, anak-anak. bagi semangat lebih membara.
  7. Cuba untuk keluar 15 minit awal, tak lah drive kereta dengan tension dan rush.
  8. Sebelum buka computer dan check emel segala.. buat dulu TO DO LIST untuk hari ni. termasuk TARGET TIME bila patut kerja tu siap. contoh siapkan report sebelum kul 12pm.
  9. Bagi sikit HADIAH dekat diri sendiri kalau Done target time tadi. contoh ; pukul 11:30am dah siap emelkan report. hadiahnya 10minit minum milo sambil cecah biskut. (tak de hadiah lain ker nak bagi?? terpulang lah macam mana nak sukakan diri sendiri)
  10. Bagi PUNISHMENT dekat diri sendiri kalau kerja tak sempat siap sebelum target. contoh; selagi tak siap report, tak boleh buka personal emel, chatting, facebook etc.
  11. Gunakan waktu rehat sebaik mungkin. Eg: makan, sembang dengan kengkawan, pumping session etc. WORK HARD, PLAY HARD
  12. Kemaskan meja kerja/ bilik kerja. letak gambar family, ayat motivasi, target/goal, pewangi (lavender= tenang; lemon/citrus= energetic) untuk lebih bermotivasi.
hmm.. macam bestkan kalau dapat buat semua tu.. nak plan memang senang. tapi nak mulakan tu bukan main susah lagi. dan yang lebih susah nak istiqamah setiap waktu.

Sebenarnya yang paling penting ummi abah kena betulkan niat dulu. kerja itu ibadah. niat kerana ALLAH SWT. minta pertolonganNya. InsyaAllah..

Good luck Ummi & Abah

Thursday, June 16, 2011

best kalu dapat jadi Isteri Solehah.... :)


salam... tadi masa abah tgh free x ada kelas, abah jeguk2 blog2 n selak2 web yang boleh dapat skit2 ilmu.... :). terlihat satu post ttg kelebihan menjadi ISTERI SOLEHAH.... masyaallah....hebat sungguh ganjaran yang diberikan...tapi bukan mudah nak dapatkan ganjaran tu.... :). so mari kita sama2 berkongsi ganjaran menjadi ISTERI yang SOLEHAH.... :)



Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah

  1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  7. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagaimati syahid.

Tuesday, June 14, 2011

Ibu Bapa yang Gembira


Ummi and abah adalah ibu bapa yang bekerja. tuntutan kerja yang bermacam-macam memberi pelbagai kesan dalam diri kami. zaman sekarang kan semua barang mahal. so, kami kena kerja kuat untuk memberi terbaik untuk keluarga kami. selain daripada kerja yang hakiki, kami buat juga sale kecil-kecilan macam jual minyak serbaguna habbatussauda.


Anda ada rasa ada masalah nak tidur mcam senang sangat tertidur atau selalu terjaga-jaga bila tidur malam? kurang makan atau kuat makan? kerap sakit kepala? perut rasa tak selesa? tak boleh fokus dan konsenterasi? sakit tengkuk atau belakang? kalau ada rasa antara semua soalan di atas, anda mungkin mengalami stres yang kronik.

Mental, emosi dan fizikal jadi letih dan lesu untuk hadapi semuanya. kesian dekat anak. dah lah jumpa lebih kurang 3 jam jer dgn ummi and abah. Pastu dalam pukul 9 hannan dah tidur. kualiti masa dengan anak dalam masa yang terhad tu rasa begitu sukar. Lebih-lebih lagi apabila badan rasa sangat tidak larat.

Ummi dan abah cuba untuk :

Kurangkan stress
  1. Apabila sembahyang atau selalu ke masjid, Baca & dengar alunan Al-Quran. Sebenarnya dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. "Ya Allah, jadikanlah kami dan keturunan kami rajin solat diawal waktu dengan kusyuk dan tawaduk kepadaMU"
  2. senaman (walaupun berjalan kaki) boleh mengurangkan tekanan.
  3. Pagi2 kami kena bangun 15minit lebih awal daripada biasa. permulaan pagi yang relaks dan tenang akan memberi kesan pada keseluruhan hari.
  4. Siap2kan semuanya cth: seterika baju, makanan hannan (hannan hanya mkn home made food sekarang ni), susu EBM Hannan (ummi kena gigih cukupkan stok) sebelum tidur.
  5. Tak boleh dok bergantung sangat dengan keupayaan memori ni. tulis apa2 yg penting, cth: besok nak kena bayar bil, nak masuk duit dalam bank etc.
  6. manfaatkan masa dirumah. Jangan bawa kerja ofis balik rumah. Cuba siapkan semasa waktu bekerja. Manfaatkan waktu di ofis (tiada facebook @ blogging) hehehe.
  7. Cuba curi waktu untuk bersendirian dan bertenang. 5-10 minit pun jadi lah. dalam bilik air time mandi pun jadi juga kalau susah sangat nak cari masa.
  8. bila rasa tertekan, tarik nafas dalam2 enam saat dan lepaskan perlahan-lahan lapan saat. cuba buat enam kali.
  9. Luahkan perasaan dan pemikiran secara bertulis atau bercakap. at least kami lebih nampak permasalahan dengan lebih jelas untuk mencari penyelesaian. dan yang lebih penting, kami cuba lebih memahami antara satu sama lain.
  10. Cuba berfikir secara positif bahawa tidak ada yang sempurna di dunia ini.
Ummi dan abah adalah satu team. Kumpulan yang teguh adalah kumpulan yang bersatu. Percaya pada setiap kelebihan masing-masing. we try to support each other. that's the most important things beside all those above ;-). Good luck ummi and abah.



Friday, June 10, 2011

Separation Anxiety

Pernah tak alami, bila kita baru nak gerak jer, baby dah start nangis. start jadi dkt hannan bila dia antara 6 ke 7 bulan. skrg ni lagi lah. kalau x nampak orang dia nangis. kalau tgk ummi tak amik dia je, nangis macam ummi nak pergi tesco tak bawa dia.. pada hal tiga tapak jer pon..

hmm.. walau apa pon yang kita ibu bapa cuba buat, sebenarnya normal kalau baby rasa takut berjauhan. selalunya start developed dari 7-18 bulan. alaa.. bila2 pon ada juga. contoh masa kita start darjah 1 dulu. kita pon ada takut2 gak kan? cuma baby ni baru nak start.

so, bila search seperation anxiety.. rupa-rupanya baby hanya paham yang dia akan rasa selamat & gembira bila ada dkt dgn ummi and abah dia. Perlahan-lahan bila kematangan intellectual semakin meningkat, baru dia akan sedar yang parents dia tak kan tinggalkan dia. tapi macam mana ek nak bagi dia belajar berdikari sikit? ada rasa confident? puan, tuan ada rasa mcam tu tak? sampai nak p tandas pun rasa mcm nak bawak dia sekali?

apa yang ummi and abah perlu buat:
  1. Bangga sikit anak kita tak boleh kalau kita tak der.. Sayang juga hannan dekat kami ;-)
  2. sebanarnya terbalik tau. Lagi kita bagi kasih sayang, memberi sebelum dia minta, itu yang akan memberi lebih kesan secure dan confident dalam diri dia masa dia besar nanti.
  3. Jangan sorok2 hilang terus. lagi lah dia nak berkepit jer dgn kita lepas tu.
  4. Ajar dia yang benda akan datang balik walaupon dia tak nampak. main boo.. chak @ sorok2 boleh ajar dia yang kita akan datang balik.
  5. Bila kita dkt dapur ke bilik air ker.. panggil nama dia, menyanyi, ckp ker dgn dia.. dia akan belajar kita ada dkt situ walaupon x nampak kita.
  6. Baby pon boleh paham kita cakap. terang lah dkt dia, "abah nak p keja ni. nanti petang abah balik yer". tapi jgn cepat or lama sgt nak explain. nnt lagi susah nak tinggalkan dia.
  7. kita lah sebenarnya model kepada anak2 kita. aura kita tu dia boleh rasa. senyum masa tinggalkan dia dkt relative or pengasuh. dia akan rasa lebih confident. dah kalau kita pun dok ketaq dkt situ, apa ke citernya?
  8. Alihkan perhatian dia dgn aktiviti yang seronok atau bagi benda yang buat dia lebih tenang macam soft toys.
  9. Bagi dia kebebasan, time dia merangkak dkt bilik yang lain tu, intai ler.. yelah, kita pon nak pastikan keselamatan dia jugak kan.. at least dia tahu, dia boleh explore kalau dia nak. tapi kita akan ada untuk support dia.
Ummi abah tak leh merungut dah kalau hannan nangis panggil kami. sebab sume stage ni akan lepas juga nanti. so, semasa stage ni layankan dan sabar banyak2 k. tindakan kita hari ini membentuk Hannan akan datang. susah sekarang.. senangnya kemudian.

Good luck Ummi & Abah

Thursday, June 9, 2011

Susu Ummi Cukup Ker?

Selalu kalu makin besar.. baby akan minum lebih banyak.. kalu bancuh susu penuh btol susu yang jenis besar kan? sama ker susu ibu dgn susu formula? Hannan dah 7 bulan.. tak kan still sama je kan amount susu dia.. mcm x cukup2.. ummi pon jadi down nk mencukupkan susu.. so..
ummi search : http://www.kellymom.com/bf/pumping/milkcalc.html#solids

What if baby is eating solid foods?

Sometime between six months and a year (as solids are introduced and slowly increased) baby's milk intake may begin to decrease, but breastmilk should provide the majority of baby's nutrition through the first year. Because of the great variability in the amount of solids that babies take during the second six months, the amount of milk will vary, too. One study found average breastmilk intake to be 30 oz per day (875 ml/day; 93% of total intake) at 7 months and 19 oz (550 ml/day; 50% of total energy intake) at 11-16 months.

Several studies have measured breastmilk intake for babies between 12 and 24 months and found typical amounts to be 14-19 oz per day (400-550 mL per day). Studies looking at breastmilk intake between 24 and 36 months have found typical amounts to be 10-12 oz per day (300-360 mL per day).

Kira maknanya semakin anak2 mula start makan, pengambilan susu akan semakin berkurangan. time tu zat pemakanan lebih kepada solid food. susu jadi pelengkap. ok, so kalu berbalik di atas ;

875ml / 30oz = sehari(24hours) / minum 8x sehari
109.3 / 3.7 - 4oz = untuk sekali minum.

tapi, mcam mana kalu hannan still menangis mcm orang sakit kalu susu mcm x cukup?

If your baby is taking substantially more than the average amounts, consider the possibility that baby is being given too much milk while you are away. Things that can contribute to overfeeding include:

  • Fast flow bottles. Always use the lowest flow bottle nipple that baby will tolerate.
  • Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time he makes a sound. If baby still seems to be hungry, have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two.
  • Baby's need to suck. Babies have a very strong need to suck, and the need may be greater while mom is away (sucking is comforting to baby). A baby can control the flow of milk at the breast and will get minimal milk when he mainly needs to suck. When drinking from a bottle, baby gets a larger constant flow of milk as long as he is sucking. If baby is taking large amounts of expressed milk while you are away, you might consider encouraging baby to suck fingers or thumb, or consider using a pacifier for the times when mom is not available, to give baby something besides the bottle to satisfy his sucking needs.
ok.. so.. ummi kena beli puting susu yg flow susu dia susah sikit nak keluar.. baru jer beli saiz L. kena tukar balik saiz S pulak..
kalu dia mcam menangis lapar tu.. bawa dia jalan, buai, peluk dsbnya..kalu dia still nak juga lepas tu, bagi lagi 1-2oz. kalu dia dah diam.. tak per dah lah..
hannan mungkin suka menghisap.. author suruh bagi puting kosong.. mmg x ajar hannan pakai tu.. bagi hannan hisap jari dia atau bagi dia teether lah..

hmm.. ok Ummi try dulu.. nanti settle lain plak.. (menyesal tak p kelas persediaan menyusu masa mengadung dulu.. bila dah ada byk cabaran, kelam kabut jadinya. akan lebih bersedia kalu ada rezeki baby kedua plak.. hehehe )

Wednesday, June 8, 2011

Laman yang berguna untuk para ibu dan bapa.....


just nak Sharekan link ni...
http://www.babycenter.com/baby-poop-photos

banyak fakta2 yang sangat2 berguna kepada bakal ibu dan juga yang telah bergelar ibu... enjoy with us....

Nigella Sativa Oil (habatussauda') -Minyak Baby


Minyak Urut Serbaguna Nigella Sativa.

Minyak urut ini merupakan hasil produk sholehah quality di Pusat Perubatan homeopathy As-Sidiq, 100% bahan asli daripada habbatussauda (nigella sativa) dan Citronella Oil.

Boleh disapu dimana-mana bahagian badan untuk :

kembung2sakit perut, sakit ari-ari, pinggang, sendi,luka, lebam, terseliuh, tumit, kebas dan gatal-gatal.

Tips :

*apabila selesema, sapukan sedikit di ubun2 kepala, atas kening dan batang hidung.

*Digigit nyamuk atau semut, calitkan minyak pada tempat gigitan.

*anak ruam, sapukan diseluruh tubuh atau dibahagian lampin, x perlu lagi memakai bedak. kulit anak akan halus dan tiada ruam.

*sapukan ditempat luka berdarah. Darah akan serta-merta berhenti dan luka cepat kering.

*serbuk minyak boleh disapu sebagai scrub.

*Amalan setiap hari terutama 7bulan ke atas, di sapu pada tempat gatal atau regangan ketika mengandung boleh melegakan dan mengurangkan kesan regangan.

* untuk wanita selepas bersalin normal, sapukan di tempat jahitan atau pad maternity, kurang daripada seminggu, InsyaAllah luka cepat sembuh.

~ hasil mungkin berbeza mengikut individu, tips di atas telah digunapakai oleh penjual sendiri.

Anda telah cuba? kongsikan pengalaman anda disini...


RM12.00 = 100ml
*tambah RM7 (jika kurang dari 1kg) untuk pos.

Ingin membeli, Sila emelkan nama, alamat penghantaran, telefon, bilangan botol di: ateh_841117@yahoo.com (authorized dealer)