Follow by Email

Thursday, June 16, 2011

best kalu dapat jadi Isteri Solehah.... :)


salam... tadi masa abah tgh free x ada kelas, abah jeguk2 blog2 n selak2 web yang boleh dapat skit2 ilmu.... :). terlihat satu post ttg kelebihan menjadi ISTERI SOLEHAH.... masyaallah....hebat sungguh ganjaran yang diberikan...tapi bukan mudah nak dapatkan ganjaran tu.... :). so mari kita sama2 berkongsi ganjaran menjadi ISTERI yang SOLEHAH.... :)



Kelebihan menjadi Ibu yang Solehah

  1. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  5. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  6. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  7. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  8. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  9. Apabila seorang wanita melahirkan anak & dia mati maka dikira mati syahid.
  10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagaimati syahid.

3 comments:

fidza said...

Sangat menginspirasikan.. terutama dalam bab penyusuan anak..

Sue Baharom said...

always share info,gud job.i follow u.dont forget to visit my blog n be a follower if u like ok..

hannan said...

Sue : Thanks. enjoyed ya..