Follow by Email

Wednesday, June 22, 2011

Di mana letaknya REDHA?

Bila sekali masalah datang, terus tangkap hati and kepala.. dunia terasa berat tak tertanggung rasanya. mulalah rasa nak menyalahkan orang lain.. dia macam ni.. dia macam tu.. kemudian menyalahkan pula benda macam computer tak upgrade, system lembab, api dapur tak cukup kuat, kenapa traffic light merah, banyak sangat kereta atas jalan raya.. pendek kata semua tak kena.

Dekat situlah teruji sejauh mana kesabaran.. hon kereta depan? ketuk remote control sampai pecah? malas layan anak bila dia datang nak bermanja? hilang semua senyum dari bibir? atau sengaja merosakkan diri sendiri dengan buat tak reti/ tak mahu bercakap dekat suami, anak etc. tidak ada selera nak makan, solat tinggal, menangis dan menangis atau mula hisap rokok? (itu semua contoh secara random)

Lemahnya rasa sebagai seorang manusia. satu hari rasa sangat bersemangat. tapi satu hari tu rasa lesu tak bermaya. Berhenti dan cuba berfikir sejenak. Di mana mulanya punca permasalahan ini?
  • Sudah sempurnakah hubungan dengan Allah SWT? ingatkah padaNya di setiap hembusan nafas?
  • Bagaimana hubungan dengan orang di sekeliling?
  • atau masalah ini hanya dalam diri sendiri sahaja?
Manusia ni memang sifatnya tidak pernah puas. bila dah ada kereta kelisa nak tukar pula alza. dah ada wish nak pula honda city. kehendak kita pelbagai dan tidak pernah puas. Sesetengah perkara kita perlu terima bukan semua yang kita inginkan kita akan perolehi.

Sesetengah perkara kita tidak akan mampu untuk merubahnya; kecuali dengan kuasa Allah SWT. oleh itu, cuba untuk terima dan lama-lama akan larut dalam kehidupan. sebagai sebahagian daripada rencah cerita hidup kita.

perkara yang kita rasa masalah itu adalah ujian keimanan sejauh mana SABARnya kita.

Dah tahu dah semua itu, tapi kenapa yer.. masih terasa sakitnya dalam proses penerimaan???

Rabiatul Adawiyah R.A berkata "REDHA itu ialah apabila kita menerima berita buruk sebagaimana kita menerima berita baik"

Sampaikah kita ketahap itu? mungkin kah kita akan sampai ke tahap REDHA?

Ambil masa sejenak dan fikir-fikirkan..

P/s: Terima kasih kepada semua yang menjadikan hidup saya pelbagai corak. Tidakkah saya bertuah kerana hidup saya tidak hanya ada hitam dan putih, tetapi berwarna warni?

(Muhasabah mode)





No comments: