Follow by Email

Tuesday, June 14, 2011

Ibu Bapa yang Gembira


Ummi and abah adalah ibu bapa yang bekerja. tuntutan kerja yang bermacam-macam memberi pelbagai kesan dalam diri kami. zaman sekarang kan semua barang mahal. so, kami kena kerja kuat untuk memberi terbaik untuk keluarga kami. selain daripada kerja yang hakiki, kami buat juga sale kecil-kecilan macam jual minyak serbaguna habbatussauda.


Anda ada rasa ada masalah nak tidur mcam senang sangat tertidur atau selalu terjaga-jaga bila tidur malam? kurang makan atau kuat makan? kerap sakit kepala? perut rasa tak selesa? tak boleh fokus dan konsenterasi? sakit tengkuk atau belakang? kalau ada rasa antara semua soalan di atas, anda mungkin mengalami stres yang kronik.

Mental, emosi dan fizikal jadi letih dan lesu untuk hadapi semuanya. kesian dekat anak. dah lah jumpa lebih kurang 3 jam jer dgn ummi and abah. Pastu dalam pukul 9 hannan dah tidur. kualiti masa dengan anak dalam masa yang terhad tu rasa begitu sukar. Lebih-lebih lagi apabila badan rasa sangat tidak larat.

Ummi dan abah cuba untuk :

Kurangkan stress
  1. Apabila sembahyang atau selalu ke masjid, Baca & dengar alunan Al-Quran. Sebenarnya dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. "Ya Allah, jadikanlah kami dan keturunan kami rajin solat diawal waktu dengan kusyuk dan tawaduk kepadaMU"
  2. senaman (walaupun berjalan kaki) boleh mengurangkan tekanan.
  3. Pagi2 kami kena bangun 15minit lebih awal daripada biasa. permulaan pagi yang relaks dan tenang akan memberi kesan pada keseluruhan hari.
  4. Siap2kan semuanya cth: seterika baju, makanan hannan (hannan hanya mkn home made food sekarang ni), susu EBM Hannan (ummi kena gigih cukupkan stok) sebelum tidur.
  5. Tak boleh dok bergantung sangat dengan keupayaan memori ni. tulis apa2 yg penting, cth: besok nak kena bayar bil, nak masuk duit dalam bank etc.
  6. manfaatkan masa dirumah. Jangan bawa kerja ofis balik rumah. Cuba siapkan semasa waktu bekerja. Manfaatkan waktu di ofis (tiada facebook @ blogging) hehehe.
  7. Cuba curi waktu untuk bersendirian dan bertenang. 5-10 minit pun jadi lah. dalam bilik air time mandi pun jadi juga kalau susah sangat nak cari masa.
  8. bila rasa tertekan, tarik nafas dalam2 enam saat dan lepaskan perlahan-lahan lapan saat. cuba buat enam kali.
  9. Luahkan perasaan dan pemikiran secara bertulis atau bercakap. at least kami lebih nampak permasalahan dengan lebih jelas untuk mencari penyelesaian. dan yang lebih penting, kami cuba lebih memahami antara satu sama lain.
  10. Cuba berfikir secara positif bahawa tidak ada yang sempurna di dunia ini.
Ummi dan abah adalah satu team. Kumpulan yang teguh adalah kumpulan yang bersatu. Percaya pada setiap kelebihan masing-masing. we try to support each other. that's the most important things beside all those above ;-). Good luck ummi and abah.



No comments: