Follow by Email

Tuesday, June 21, 2011

Semangat Nak Bekerja

Adoiii.. malasnya rasa nak bangun pagi ke tempat kerja. bantal, tilam dan selimut merayu-rayu suruh tidur lagi. (itu syaitan @ nafsu tidur.. tak tau lah). Pastu bila lambat terkocoh2 nak pegi kerja. sampai ofis dok amik masa plak nak start kerja. check emel (facebook/twitter/blog) dulu lah.. macam mana nak memotivasikan diri kami ini supaya cerdas dan cergas serta inovatif nak bekerja???

  1. Sebelum tidur baca doa. bagi bangun awal. NIAT besok nak bangun awal, solat subuh awal waktu, nak ke tempat kerja dengan semangat berkobar2. SIAPkan semua kelengkapan sebelum tidur. boleh lah tidur dengan aman dan damai.
  2. Tidur sebelum pukul 12 malam. at least bagi cukup tidur 8-6 jam. Paling terbaik tidur pukul 10pm bangun pukul 4/6am tak cukup tidur punca kemalasan juga.
  3. Bangun tidur baca doa dulu.
  4. lepas cium anak, (bau Hannan sangat best), buat regangan badan sikit. ala2 streching..
  5. Ambil sarapan pagi untuk alas perut. badan yang sihat bermula dari perut yang sihat??? ;-)
  6. Salampelukcium dengan mak, ayah, suami, isteri, anak-anak. bagi semangat lebih membara.
  7. Cuba untuk keluar 15 minit awal, tak lah drive kereta dengan tension dan rush.
  8. Sebelum buka computer dan check emel segala.. buat dulu TO DO LIST untuk hari ni. termasuk TARGET TIME bila patut kerja tu siap. contoh siapkan report sebelum kul 12pm.
  9. Bagi sikit HADIAH dekat diri sendiri kalau Done target time tadi. contoh ; pukul 11:30am dah siap emelkan report. hadiahnya 10minit minum milo sambil cecah biskut. (tak de hadiah lain ker nak bagi?? terpulang lah macam mana nak sukakan diri sendiri)
  10. Bagi PUNISHMENT dekat diri sendiri kalau kerja tak sempat siap sebelum target. contoh; selagi tak siap report, tak boleh buka personal emel, chatting, facebook etc.
  11. Gunakan waktu rehat sebaik mungkin. Eg: makan, sembang dengan kengkawan, pumping session etc. WORK HARD, PLAY HARD
  12. Kemaskan meja kerja/ bilik kerja. letak gambar family, ayat motivasi, target/goal, pewangi (lavender= tenang; lemon/citrus= energetic) untuk lebih bermotivasi.
hmm.. macam bestkan kalau dapat buat semua tu.. nak plan memang senang. tapi nak mulakan tu bukan main susah lagi. dan yang lebih susah nak istiqamah setiap waktu.

Sebenarnya yang paling penting ummi abah kena betulkan niat dulu. kerja itu ibadah. niat kerana ALLAH SWT. minta pertolonganNya. InsyaAllah..

Good luck Ummi & Abah

No comments: