Follow by Email

Friday, June 10, 2011

Separation Anxiety

Pernah tak alami, bila kita baru nak gerak jer, baby dah start nangis. start jadi dkt hannan bila dia antara 6 ke 7 bulan. skrg ni lagi lah. kalau x nampak orang dia nangis. kalau tgk ummi tak amik dia je, nangis macam ummi nak pergi tesco tak bawa dia.. pada hal tiga tapak jer pon..

hmm.. walau apa pon yang kita ibu bapa cuba buat, sebenarnya normal kalau baby rasa takut berjauhan. selalunya start developed dari 7-18 bulan. alaa.. bila2 pon ada juga. contoh masa kita start darjah 1 dulu. kita pon ada takut2 gak kan? cuma baby ni baru nak start.

so, bila search seperation anxiety.. rupa-rupanya baby hanya paham yang dia akan rasa selamat & gembira bila ada dkt dgn ummi and abah dia. Perlahan-lahan bila kematangan intellectual semakin meningkat, baru dia akan sedar yang parents dia tak kan tinggalkan dia. tapi macam mana ek nak bagi dia belajar berdikari sikit? ada rasa confident? puan, tuan ada rasa mcam tu tak? sampai nak p tandas pun rasa mcm nak bawak dia sekali?

apa yang ummi and abah perlu buat:
  1. Bangga sikit anak kita tak boleh kalau kita tak der.. Sayang juga hannan dekat kami ;-)
  2. sebanarnya terbalik tau. Lagi kita bagi kasih sayang, memberi sebelum dia minta, itu yang akan memberi lebih kesan secure dan confident dalam diri dia masa dia besar nanti.
  3. Jangan sorok2 hilang terus. lagi lah dia nak berkepit jer dgn kita lepas tu.
  4. Ajar dia yang benda akan datang balik walaupon dia tak nampak. main boo.. chak @ sorok2 boleh ajar dia yang kita akan datang balik.
  5. Bila kita dkt dapur ke bilik air ker.. panggil nama dia, menyanyi, ckp ker dgn dia.. dia akan belajar kita ada dkt situ walaupon x nampak kita.
  6. Baby pon boleh paham kita cakap. terang lah dkt dia, "abah nak p keja ni. nanti petang abah balik yer". tapi jgn cepat or lama sgt nak explain. nnt lagi susah nak tinggalkan dia.
  7. kita lah sebenarnya model kepada anak2 kita. aura kita tu dia boleh rasa. senyum masa tinggalkan dia dkt relative or pengasuh. dia akan rasa lebih confident. dah kalau kita pun dok ketaq dkt situ, apa ke citernya?
  8. Alihkan perhatian dia dgn aktiviti yang seronok atau bagi benda yang buat dia lebih tenang macam soft toys.
  9. Bagi dia kebebasan, time dia merangkak dkt bilik yang lain tu, intai ler.. yelah, kita pon nak pastikan keselamatan dia jugak kan.. at least dia tahu, dia boleh explore kalau dia nak. tapi kita akan ada untuk support dia.
Ummi abah tak leh merungut dah kalau hannan nangis panggil kami. sebab sume stage ni akan lepas juga nanti. so, semasa stage ni layankan dan sabar banyak2 k. tindakan kita hari ini membentuk Hannan akan datang. susah sekarang.. senangnya kemudian.

Good luck Ummi & Abah

2 comments:

|nasriah ns| ::. said...

Assalamu'alaikum, saya pon pernah alami menda ni masa mengasuh anak jiran, umur dia 12 bulan...mmg dia akan nangis kalau tinggal dia seorang even kita hanya berdiri kat sebelah dia, lagi2 bila kita tengah siap2 pakai tudung nk keluar..mcm kita nk tinggalkan dia plak. tapi tak.

hannan said...

Nasriah : hehehe ;-) betol3... angguk mcm upin ipin