Follow by Email

Thursday, June 23, 2011

Ummi Wished List

Masa saya mengandung dulu, saya banyak baca dan survey pasal breastpump. teringin juga nak try test breastpump mcam dekat kedai2 ternama momlittleones, lunatots, sarakids, etc. Kerja di Perak, nak travel ke Kuala Lumpur dengan alahan yang agak teruk, agak sukar juga. saya merancang nak beli breast pump lepas bersalin sebulan mcam tu. sebab nak menyusu badan dulu. kira tu lah paling lambat sekali yang kami rancang nak beli. Yang kami lebih excited nak beli baju, baby court (yang hanya menjadi tempat simpan bantal dan tilam; sebab saya dan baby co-sleeping), barang mandian, car seat baby, stroller etc.
Oleh sebab kekurangan ilmu dan tidak mendapat nasihat dari yang sepatutnya, kami tak terjangka akan ada masalah ketika itu. Saya dipaksa bersalin (induce) kerana mengalami pre eklamsia. sejurus selepas melahirkan pukul 2:38am, (di hospital rakan bayi manjung) saya bertuah kerana dapat menyusukan kurang daripada sejam walaupun sangat mengantuk (disuntik ubat untuk control darah tinggi). Hannan demam pada malamnya. tetapi kami masih boleh pulang ke rumah pukul 11 pagi besoknya.
Petang kemudian badan hannan semakin panas. lebih kurang lepas isya' kami berkejar ke emergency, suhu Hannan 38c. ketika umurnya baru SATU HARI, hannan di masukkan ke NICU. atas sebab kesihatan saya yang darah tinggi ketika itu, saya tak boleh tidur di wad bersama Hannan. Ketika itu lah mulanya masalah penyusuan saya (ada beberapa siri permasalah lagi, tapi citer lain kali jer lah).
saya tidak ada breast pump!saya tidak tahu pump guna tangan! semua buat assumption susu saya sikit ke sebab anak demam. kalau bagi susu banyak, suhu badan akan turun. saya sangat tertekan. Hannan diberi susu formula oleh nurse pada malam itu. Jangan salahkan nurse, dia suruh saya pump hantar susu untuk hannan 5 hari di sana. pada waktu melawat, nurse suruh saya menyusu secara terus.
Keesokkannya suami segera mencari breastpump untuk saya. tetapi ketika itu tidak banyak pilihan kedai yang menjual breastpump yang sesuai. ketika itu lah saya ada breastpump yang pertama ; pegion silent breastpump.

Memang silent. ada dua laras. kelajuan dan kekuatan sedutan. kalau pakai memang nak dekat sama dengan sedutan bayi. susu akan lebih banyak sebab selesanya sedutan itu. Suami saya beli dengan harga RM599.00. Dua bulan saya mengumpul stok susu sebelum ke tempat kerja menggunakan pump ini. tetapi bila dah start kerja, bos tegur saya amik masa yang lama untuk pump (di surau) sebab pump ni single pumping. sebelah B saya amik 20 minit. nak pump 3 kali time tu. saya cuma pakai 2 bulan setengah ajer. lepas tu simpan. Patut ke saya let go?

Saya pun cari breast pump lain yang double pumping. kebetulan ada kawan yang nak let go pump, saya pun kumpul duit sikit2 dan bayar secara ansuran kepada kawan yang menjual spectra 3. juga kumpul duit untuk beli barang2 yg berkaitan macam beg pum. antara kedua-dua pump ni bagusnya spectra 3 adalah double pumpingnya. dari segi kesedapan sedutan dan silent, best lagi pegion. so, bila hannan dah masuk 8 bulan ni, keinginan saya meluap2 kepada benda lain lagi. nak menambah aksesori breastpump (Kalau boleh nak tukar breastpump lain macam ameda, medala.. tapi tak der duit). ini lah yang kaum lelaki tidak tahan. ala2 nak banyakkan barang kemas. tapi saya minat ke arah sini pula.

My wished list :
  • Pumpin' Pal - Original Hands-Free Strap * boleh lah buat kerja (blogging???) sambil pump.
  • Pumpin' Pal - Super Shields Plus * nak menambah kesedapan ketika pump. susu akan kurang risiko untuk tumpah.
  • Car adapter * konon2 nak pump sambil memandu. pergi dan balik kerja.

Sebenarnya ada banyak lagi gadget2 breastpump saya teringin nak beli. termasuklah baju2 nursing mom yang cun2 di pasaran. hmm.. tapi keadaan kewangan membataskan. lagi pun masa mula2 dapat barang2 macam ni, saya akan excited nak pump. tapi lama2 macam malas sikit. Mungkin membeli barang2 impian saya ini akan menaikkan kembali semangat saya??? hahahaha ;-) kena lah berjimat cermat lepas nih. nanti kalau dah beli saya akan updated lain.

Jangan malas2 nak pump. Kumpul lagi stok yang macam kais pagi makan pagi tu. jaga diet yang seimbang supaya Hannan dpat terbaik, dan Ummi tak letih2 lagi..

Good luck Ummi..

No comments: