Follow by Email

Friday, July 15, 2011

Baby Ruam Panas?

Selalu kita sebagai ibu bapa risau kulit anak-anak merah atau mengelupas. Hannan Alhamdulillah tidak mengalami masalah ini kerana sejak dari hari pertama dia lahir, saya telah menggunakan Minyak Serbaguna Habbatus Sauda.

Ini muka Hannan baru 2 hari : saja-saja nak letak

Ok, macam mana nak dapat kulit yang cantik, bersih dan bebas dari ruam panas?


Pertama : sapu di segala celah-celah tempat memakai lampin . Saya tidak ada gambar tu kerana censored ekeke ;-). Kemudian baru letak di celah pelipat peha, lutut di kedua-dua belah kaki. urut dari paha ke buku lali. sila lihat gambar di atas.

Kedua : Saya sapukan minyak di kaki sambil mengurut di telapak kaki kedua-dua belah menggunakan ibu jari. orang tua-tua kata boleh mengelakkan 'sejuk'.

Ketiga : (Perut & dada) letak minyak dan urut di perut untuk mengelakkan kembung. Kemudian di dada agar pembukaan dada untuk bernafas.

Keempat : (leher) letak dicelah leher. tempat ini yang paling kerap merah dan mudah mengelecet.

Kelima : (tangan & lengan) Sapu kan minyak di celah ketiak dan celah pelipat. tangan dan kaki Hannan ada beberapa 'takak', tempat itu akan mudah merah. sambil mengurut lengan dan tapak tangan.

Keenam : Petua orang tua-tua, angin juga mudah masuk melalui kepala. saya letak sedikit di ubun kepalanya.

* psst : Jika anak anda diserang selesema, lebihan minyak ditangan anda tadi boleh diletakkan di batang hidung, agar memudahkan pernafasan.
** psst.. psst : letakkan lebihan minyak ditangan tadi di kedua-dua pipi jika ada ruam susu.

Saya tidak perlu menggunakan bedak atau losen di badan Hannan. hanya sedikit bedak di muka apabila Hannan sudah besar sedikit.

Hannan dah ready..

Anda boleh jimat kerana tidak perlu membeli :
bedak ruam
losen badan
krim ruam
minyak urut ( untuk kembung)
Total : RM20-RM50-RM100

Anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM12 sebotol untuk kulit anak yang bersih dan halus. malah seisi keluarga boleh menggunakannya.

berminat untuk membeli? emel saya : ateh_841117@yahoo.com

Tuesday, July 12, 2011

Overprotective?

Benarkah ibu bapa yang baru ada anak pertama overprotective?

Ada beberapa orang beritahu saya, anak pertama macam-macam patangnya. esok anak kedua dah biasa2 jer. anak ketiga seterusnya.. dah tak kisah dah. Betul ke memang ibu bapa akan jadi macam itu? saya mula menganalisa ibu bapa saya dan ibu bapa yang terdekat dengan saya untuk melihat contohnya. saya mula merasa sangsi dan takut kepada keupayaan diri sendiri.

Adakah saya overprotective pada Hannan?
  1. Saya tidak mahu dia terlalu berkipas. hehehe ;-) biarlah dia rasa sikit berpeluh dan tahan berpanas.
  2. Saya tidak mahu dia ada pencampuran apa2 cecair selain susu ibu. eg: air masak. kerana Bayi hanya perlukan susu ibunya sebelum 180 hari.
  3. Saya hanya mahu mula beri dia solid food sebelum 6 bulan.
  4. Saya hanya beri hannan solid food yang saya dan abahnya masak. Saya belum beli cereal daripada tin. Kerana saya percaya air tangan ibu bapa lebih baik dalam pembentukan kesihatan dan sahsiah anak. Sambil basuh beras sambil selawat dan zikir.
  5. Saya tidak membenarkan memberi hannan makanan yang berperisa seperti garam, gula apatah lagi yang ada MSG. saya suka kalau Hannan merasa pelbagai perisa seperti manis, masam, pahit, lemak (daripada sayur dan buah) dan masin (daripada ikan bilis). maknanya perisa yang dia rasa adalah semulajadi. Saya tidak gemar kalau Hannan hanya makan yang berperisa manis sahaja. lidah dia akan terbiasa dengan perisa itu. sebab itu saya cuba untuk usahakan ada perisa sayuran hijau dalam makanan Hannan. Saya harap bila saya tidak membiasakan lidahnya dengan garam & gula terlalu awal, Hannan bukan jenis suka makan gula-gula, jajan, coklat akan datang. sekali-sekala tidak apa.
  6. Saya tidak mahu Hannan terlalu selalu dipegang dan dipeluk sehingga dia tidak ada ruang untuk berdikari dan berlatih merangkak/berdiri/berjalan. Adakah jika membiarkan anak bermaksud tidak menghiraukan dan tidak kisah?
  7. Saya mahu tidurkan Hannan lebih kurang pada waktunya setiap malam iaitu pukul 9-10 malam. mendidik Hannan untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari adalah salah satu usaha untuk mengajarnya berdisiplin pada waktu dan mempunyai tabiat rutin. mudah nak control bila dah lebih besar kelak. InsyaAllah.
  8. Saya tidak mahu Hannan tidur dengan buaian. Kerana bimbangkan goncangan yang terlalu kuat untuk anak yang kecil.
  9. Saya tidak mahu Hannan pakai walker. Kenapa? tidak mahu cerita panjang. Sila baca disini.
  10. Saya mahu rumah yang bersih dan teratur untuk tumbesaran Hannan. (Saya bukan lah jenis rajin mengemas ;-), tapi, yer.. saya impikan rumah begitu. anda pun suka jugakan kalau rumah sentiasa bersih, kemas dan teratur?)
Cukuplah kut saya senaraikan 10 dulu. Adakah saya terlalu inginkan kesempurnaan/terlalu kisah, kerana sifat saya begini dari dulu atau kerana ibu anak sulung yang baru ada anak akan terlebih excited, sebab semuanya pengalaman barukan? sehingga kadang-kadang kita menjai terlalu mengongkong.

Sebagai ibu bapa yang baru kaedah2 yang digunakan dari pelbagai sudut dan sumber. Dari orang yang lebih tua dan berpengalaman, ilmu keagamaan, pakar2, doktor, buku, internet dan pengalaman sendiri (kena try & error) etc. Entah kenapa saya lebih suka dengan aspek keagamaan & kajian2 yang telah dibuktikan sah berbanding sumber lain. mungkin saya ni jenis suka fakta agaknya.

Ada sesetangah perkara saya perlu belajar untuk menerima secara terbuka jika sesuatu itu terpaksa bukan kawalan saya. contohnya semasa saya mula bekerja, pengasuh Hannan di nursery tidurkan Hannan dengan buaian kerana lebih mudah untuknya mengasuh. Saya terpaksa terima walaupun dengan agak sukar dan kuat untuk rasa nak memberontak. Mungkin ada sesuatu perkara tu sebenarnya mungkin baik untuk Hannan yang saya tidak ketahui. orang lain lebih tahu. Terima kasih kerana sedia dan sudi berkongsi ilmu.

Ada sesetengah perkara saya perlu bertegas walaupun saya ada rasa serba salah kepada mereka yang terpaksa saya katakan TIDAK. saya ada alasan. Cuma mungkin saya tidak ada kekuatan untuk menerangkan alasan saya. Berilah saya KEBEBASAN untuk membentuk anak saya sendiri. bukankah saya Ummi Hannan? tentu saya nak terbaik untuk Hannan.

Saya percaya semua ibu bapa juga begitu. mahukan yang terbaik untuk anak sendiri.

P/s: Saya percaya setiap orang ada PILIHAN. disitu letaknya KEBEBASAN anda.

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Saya Nak Breastfeed?

Jawapan saya yang utama ialah :

Kerana saya percaya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Saya selalu berfikir, pasti ada sebabnya kenapa Allah jadikan hanya wanita yang menyusukan anak dia. dan proses untuk penyusuan itu menariknya bermula dari saat mengandung 9 bulan. perlahan-lahan membentuk badan kita bersedia untuk menyusu. kemudian selepas melahirkan susu akan bermula dengan sedikit; colostrum kemudian, perlahan-lahan meningkat ke 5ml (waktu mula2 perah susu hari kedua) kemudian 2 oz, 3oz dan sekarang 5-6 oz. strukturnya berubah-ubah ikut keperluan anak. Sesuatu yang Allah ciptakan ini (air susu ibu), saya percaya tak akan pernah sama atau hampir dengan sama dengan buatan manusia.

Lain2 sebab saya menyusukan anak ialah kerana bonding yang tercipta antara kami. saya rindukan dia dalam pelukkan saya, walaupun kadangkala saya rasa keletihan dan ada rasa nak cabut B dr mulut dia.. tapi pengalaman itu sungguh indah bila sampai ke tahap ini.
Pada waktu pantang dulu saya rasa hampir putus asa. Hannan menyusu setiap 2 jam. sekali sesi menyusu ambil masa lebih dari 30-45minit. mak saya pula tak bagi saya menyusu secara baring. sebab mak saya kata, nanti anak tersedak. bayangkan yer:
24/2= 12 kali sesi menyusu sehari
12 x 30minit = 6 jam sehari
Saya perlu menyusu secara cradle .. ooo.. sangat lenguh. berapa kali leher, belakang, bahu, pinggang dan lengan semuanya lenguh dan kesakitan. saya tak sempat nak bertungku dan berbengkung kerana lepas tu saya akan tertidur (alasan). saya tak boleh tertidur semasa menyusukan, takut anak terlepas plak dari tangan. kalau siang boleh gagah lagi. kalau masa malam pula, dengan anak meragam, nangis sepanjang malam. mak plak asyik bertanya susu badan tak cukup ke? oh.. sangat tension. saya kata "cukup..cukup.. tunggu jap, ateh nak makan nasi" saya pun gagahkan juga makan nasi dengan milo pukul 3 pagi, sebab dalam fikiran saya susu saya mungkin tidak cukup sebab saya tak cukup makan. padahal saya dah makan malam 2 kali, pukul 6pm dan pukul 9pm. sambil tu mak saya akan dodoi2 kan dia.

selepas sebulan, saya mula perah susu untuk buat stok. tapi bila saya perah, Hannan akan menangis macam tak cukup susu. lagi sekali saya kena tahan jer telinga "bila dah perah tu kan tak cukup dah untuk Hannan! pegi lah ambil susu (EBM) bagi dekat dia. kesian dekat dia tak cukup susu " oh.. tekanannya. saya risau stok tak banyak untuk saya kerja nanti.
saya terima pelbagai maklumat dari orang yg bukan breastfeeding sangat. kalau pum pun macam main2 jer. contohnya : susu belah kanan makanan, jadi pekat dari kiri. perah susu time susu tengah banyak (bila nya susu time banyak? saya tak jelas) banyak ke susu tu? cukup ke susu tu? dulu mak/makcik/kak/saya banyak susu, sampai memancut-mancut. (amboi... tapi tak pun susu anak eksklusif pun dulu)
Untuk orang yang tidak banyak ilmu dan tidak pernah mendapat pengetahuan secara khusus dalam BF ni, saya banyak dengar kata-kata orang. tapi, setiap kali saya down dan ada suara2 yang minta saya campurkan FM, saya dan suami (yang menyokong sepenuhnya , tq sayang) tetap berusaha (memekakkan telinga) untuk menyusukan secara eksklusif. kerana kami dah bertekad, kami mula mencari tempat membeli barang2 keperluan sebelum saya start kerja. masa tu lah kami berjumpa dengan kak su lunatots di cheras. tapi perjumpaan yang tidak disengajakan dan sekejap itu membuka mata kepala saya tentang BF yang sebenarnya. baru lah saya mencari2 bahan2 berkaitan untuk pemahaman. tapi sungguh puan-puan.. membaca tidak sama dengan menghadiri kelas2 persediaan. saya tidak berkesempatan untuk itu, jika anda sedang mangandung atau ada baby kecil atau merancang mempunyai anak, pergi lah hadiri kelas2 ini. cumanya, harap ada kelas2 ini di tempat lain selain di klang valley.

saya ke tempat kerja dengan stok susu tidak sampai 20 botol yang setiap satu ada 3oz. kemudian pengasuh minta 4oz, perlahan-lahan saya cuba mencukupkan bekalan. nak kata penuh satu peti ais freezer tu sampai tak muat, tak pernah lah. saya juga pernah mengalami susu merudum, sehingga tidak ada 1 botol pun yang tinggal dalam peti ais. tapi saya masih mencuba dan hannan masih menyusu sehingga sekarang dia 8 bulan 3 minggu. saya tidak pernah suapkan dia FM lagi sehingga sekarang. stok susu saya still -banyak lagi- jari tangan dan kaki saya - hehehe (read as tak banyak mana lah). saya masih lagi mencari-cari kaedah-kaedah yang berwawasankan (jangan malas jer sebenarnya) diri saya untuk membanyakkan stok. mungkin ada yang boleh berkongsi?

Dan saya masih lagi mencuba dan berusaha. Doakan saya yer agar dapat mencapai target 2 tahun. saya juga mendoakan puan-puan.

Good luck Ummi.. dan mak, mama, mummy, ibu di luar sana..