Follow by Email

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Saya Nak Breastfeed?

Jawapan saya yang utama ialah :

Kerana saya percaya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Saya selalu berfikir, pasti ada sebabnya kenapa Allah jadikan hanya wanita yang menyusukan anak dia. dan proses untuk penyusuan itu menariknya bermula dari saat mengandung 9 bulan. perlahan-lahan membentuk badan kita bersedia untuk menyusu. kemudian selepas melahirkan susu akan bermula dengan sedikit; colostrum kemudian, perlahan-lahan meningkat ke 5ml (waktu mula2 perah susu hari kedua) kemudian 2 oz, 3oz dan sekarang 5-6 oz. strukturnya berubah-ubah ikut keperluan anak. Sesuatu yang Allah ciptakan ini (air susu ibu), saya percaya tak akan pernah sama atau hampir dengan sama dengan buatan manusia.

Lain2 sebab saya menyusukan anak ialah kerana bonding yang tercipta antara kami. saya rindukan dia dalam pelukkan saya, walaupun kadangkala saya rasa keletihan dan ada rasa nak cabut B dr mulut dia.. tapi pengalaman itu sungguh indah bila sampai ke tahap ini.
Pada waktu pantang dulu saya rasa hampir putus asa. Hannan menyusu setiap 2 jam. sekali sesi menyusu ambil masa lebih dari 30-45minit. mak saya pula tak bagi saya menyusu secara baring. sebab mak saya kata, nanti anak tersedak. bayangkan yer:
24/2= 12 kali sesi menyusu sehari
12 x 30minit = 6 jam sehari
Saya perlu menyusu secara cradle .. ooo.. sangat lenguh. berapa kali leher, belakang, bahu, pinggang dan lengan semuanya lenguh dan kesakitan. saya tak sempat nak bertungku dan berbengkung kerana lepas tu saya akan tertidur (alasan). saya tak boleh tertidur semasa menyusukan, takut anak terlepas plak dari tangan. kalau siang boleh gagah lagi. kalau masa malam pula, dengan anak meragam, nangis sepanjang malam. mak plak asyik bertanya susu badan tak cukup ke? oh.. sangat tension. saya kata "cukup..cukup.. tunggu jap, ateh nak makan nasi" saya pun gagahkan juga makan nasi dengan milo pukul 3 pagi, sebab dalam fikiran saya susu saya mungkin tidak cukup sebab saya tak cukup makan. padahal saya dah makan malam 2 kali, pukul 6pm dan pukul 9pm. sambil tu mak saya akan dodoi2 kan dia.

selepas sebulan, saya mula perah susu untuk buat stok. tapi bila saya perah, Hannan akan menangis macam tak cukup susu. lagi sekali saya kena tahan jer telinga "bila dah perah tu kan tak cukup dah untuk Hannan! pegi lah ambil susu (EBM) bagi dekat dia. kesian dekat dia tak cukup susu " oh.. tekanannya. saya risau stok tak banyak untuk saya kerja nanti.
saya terima pelbagai maklumat dari orang yg bukan breastfeeding sangat. kalau pum pun macam main2 jer. contohnya : susu belah kanan makanan, jadi pekat dari kiri. perah susu time susu tengah banyak (bila nya susu time banyak? saya tak jelas) banyak ke susu tu? cukup ke susu tu? dulu mak/makcik/kak/saya banyak susu, sampai memancut-mancut. (amboi... tapi tak pun susu anak eksklusif pun dulu)
Untuk orang yang tidak banyak ilmu dan tidak pernah mendapat pengetahuan secara khusus dalam BF ni, saya banyak dengar kata-kata orang. tapi, setiap kali saya down dan ada suara2 yang minta saya campurkan FM, saya dan suami (yang menyokong sepenuhnya , tq sayang) tetap berusaha (memekakkan telinga) untuk menyusukan secara eksklusif. kerana kami dah bertekad, kami mula mencari tempat membeli barang2 keperluan sebelum saya start kerja. masa tu lah kami berjumpa dengan kak su lunatots di cheras. tapi perjumpaan yang tidak disengajakan dan sekejap itu membuka mata kepala saya tentang BF yang sebenarnya. baru lah saya mencari2 bahan2 berkaitan untuk pemahaman. tapi sungguh puan-puan.. membaca tidak sama dengan menghadiri kelas2 persediaan. saya tidak berkesempatan untuk itu, jika anda sedang mangandung atau ada baby kecil atau merancang mempunyai anak, pergi lah hadiri kelas2 ini. cumanya, harap ada kelas2 ini di tempat lain selain di klang valley.

saya ke tempat kerja dengan stok susu tidak sampai 20 botol yang setiap satu ada 3oz. kemudian pengasuh minta 4oz, perlahan-lahan saya cuba mencukupkan bekalan. nak kata penuh satu peti ais freezer tu sampai tak muat, tak pernah lah. saya juga pernah mengalami susu merudum, sehingga tidak ada 1 botol pun yang tinggal dalam peti ais. tapi saya masih mencuba dan hannan masih menyusu sehingga sekarang dia 8 bulan 3 minggu. saya tidak pernah suapkan dia FM lagi sehingga sekarang. stok susu saya still -banyak lagi- jari tangan dan kaki saya - hehehe (read as tak banyak mana lah). saya masih lagi mencari-cari kaedah-kaedah yang berwawasankan (jangan malas jer sebenarnya) diri saya untuk membanyakkan stok. mungkin ada yang boleh berkongsi?

Dan saya masih lagi mencuba dan berusaha. Doakan saya yer agar dapat mencapai target 2 tahun. saya juga mendoakan puan-puan.

Good luck Ummi.. dan mak, mama, mummy, ibu di luar sana..

3 comments:

silver girl said...

assalamualaikum, sy doakan yg ummi dpt mnyusu kn hannan smpai la dia 2 thn.. insyaAllah.. :) sy pn dh niat nk fully breastfeed my baby bila dia lahir nanti.

hannan said...

Waalaikumussalam. Ameen. terima kasih silver girl. Alhamdulillah, semua bermula daripada niat. Semoga berjaya.

NurWidaad said...

SALAM.. INSYAALLAH NIAT YG BAIK AKAN TERCAPAI. SAYA DOAKAN SEMOGA KITA SAMA2 DAPT MENYUSUKAN BABY SMPAI BERUSIA 2 TAHUN. BYK PENGALAMAN U YG SAMA MCM I BUT U LUCKY COZ TGL SERUMAH DGN HUSBAND, MY HUBBY DI RAWANG & I BERDUA DI JB. MY BABY NOW MASUK 5 BULAN. SAYA TGH BERCUTI TANPA GAJI UTK MNJAGA DIA SEPENUH MASA KERANA MY LIL ANGEL MMG XNAK SUSU DR BOTOL/CUP/SPRINGE. SO I MMG NEKAD UTK BERHENTI KERJA SBG GURU & SEDANG MENCARI KERJA YG DPT DIBUAT DR RUMAH. HOPE KITA SAME2 DPT TERUS KUATKAN SEMANGAT UTK MENYUSUKAN ANAK KITA SMPAI 2 TAHUN. CHAIYOK2 :)