Follow by Email

Tuesday, July 12, 2011

Overprotective?

Benarkah ibu bapa yang baru ada anak pertama overprotective?

Ada beberapa orang beritahu saya, anak pertama macam-macam patangnya. esok anak kedua dah biasa2 jer. anak ketiga seterusnya.. dah tak kisah dah. Betul ke memang ibu bapa akan jadi macam itu? saya mula menganalisa ibu bapa saya dan ibu bapa yang terdekat dengan saya untuk melihat contohnya. saya mula merasa sangsi dan takut kepada keupayaan diri sendiri.

Adakah saya overprotective pada Hannan?
  1. Saya tidak mahu dia terlalu berkipas. hehehe ;-) biarlah dia rasa sikit berpeluh dan tahan berpanas.
  2. Saya tidak mahu dia ada pencampuran apa2 cecair selain susu ibu. eg: air masak. kerana Bayi hanya perlukan susu ibunya sebelum 180 hari.
  3. Saya hanya mahu mula beri dia solid food sebelum 6 bulan.
  4. Saya hanya beri hannan solid food yang saya dan abahnya masak. Saya belum beli cereal daripada tin. Kerana saya percaya air tangan ibu bapa lebih baik dalam pembentukan kesihatan dan sahsiah anak. Sambil basuh beras sambil selawat dan zikir.
  5. Saya tidak membenarkan memberi hannan makanan yang berperisa seperti garam, gula apatah lagi yang ada MSG. saya suka kalau Hannan merasa pelbagai perisa seperti manis, masam, pahit, lemak (daripada sayur dan buah) dan masin (daripada ikan bilis). maknanya perisa yang dia rasa adalah semulajadi. Saya tidak gemar kalau Hannan hanya makan yang berperisa manis sahaja. lidah dia akan terbiasa dengan perisa itu. sebab itu saya cuba untuk usahakan ada perisa sayuran hijau dalam makanan Hannan. Saya harap bila saya tidak membiasakan lidahnya dengan garam & gula terlalu awal, Hannan bukan jenis suka makan gula-gula, jajan, coklat akan datang. sekali-sekala tidak apa.
  6. Saya tidak mahu Hannan terlalu selalu dipegang dan dipeluk sehingga dia tidak ada ruang untuk berdikari dan berlatih merangkak/berdiri/berjalan. Adakah jika membiarkan anak bermaksud tidak menghiraukan dan tidak kisah?
  7. Saya mahu tidurkan Hannan lebih kurang pada waktunya setiap malam iaitu pukul 9-10 malam. mendidik Hannan untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari adalah salah satu usaha untuk mengajarnya berdisiplin pada waktu dan mempunyai tabiat rutin. mudah nak control bila dah lebih besar kelak. InsyaAllah.
  8. Saya tidak mahu Hannan tidur dengan buaian. Kerana bimbangkan goncangan yang terlalu kuat untuk anak yang kecil.
  9. Saya tidak mahu Hannan pakai walker. Kenapa? tidak mahu cerita panjang. Sila baca disini.
  10. Saya mahu rumah yang bersih dan teratur untuk tumbesaran Hannan. (Saya bukan lah jenis rajin mengemas ;-), tapi, yer.. saya impikan rumah begitu. anda pun suka jugakan kalau rumah sentiasa bersih, kemas dan teratur?)
Cukuplah kut saya senaraikan 10 dulu. Adakah saya terlalu inginkan kesempurnaan/terlalu kisah, kerana sifat saya begini dari dulu atau kerana ibu anak sulung yang baru ada anak akan terlebih excited, sebab semuanya pengalaman barukan? sehingga kadang-kadang kita menjai terlalu mengongkong.

Sebagai ibu bapa yang baru kaedah2 yang digunakan dari pelbagai sudut dan sumber. Dari orang yang lebih tua dan berpengalaman, ilmu keagamaan, pakar2, doktor, buku, internet dan pengalaman sendiri (kena try & error) etc. Entah kenapa saya lebih suka dengan aspek keagamaan & kajian2 yang telah dibuktikan sah berbanding sumber lain. mungkin saya ni jenis suka fakta agaknya.

Ada sesetangah perkara saya perlu belajar untuk menerima secara terbuka jika sesuatu itu terpaksa bukan kawalan saya. contohnya semasa saya mula bekerja, pengasuh Hannan di nursery tidurkan Hannan dengan buaian kerana lebih mudah untuknya mengasuh. Saya terpaksa terima walaupun dengan agak sukar dan kuat untuk rasa nak memberontak. Mungkin ada sesuatu perkara tu sebenarnya mungkin baik untuk Hannan yang saya tidak ketahui. orang lain lebih tahu. Terima kasih kerana sedia dan sudi berkongsi ilmu.

Ada sesetengah perkara saya perlu bertegas walaupun saya ada rasa serba salah kepada mereka yang terpaksa saya katakan TIDAK. saya ada alasan. Cuma mungkin saya tidak ada kekuatan untuk menerangkan alasan saya. Berilah saya KEBEBASAN untuk membentuk anak saya sendiri. bukankah saya Ummi Hannan? tentu saya nak terbaik untuk Hannan.

Saya percaya semua ibu bapa juga begitu. mahukan yang terbaik untuk anak sendiri.

P/s: Saya percaya setiap orang ada PILIHAN. disitu letaknya KEBEBASAN anda.

1 comment:

fidza said...

x semua yang kita buat adalah betul... jadikan anak yang fisrt ni sebagai ujian.... untuk yang kedua nanti kalu berjaya, teruskan tapi kalu x berjaya tukar yang lain plak....pastikan nanti anak dapat buat mcm mana yang kita buat...biarkan diorag tentukan cara mendidik anak dia nanti...jgn langsung diberikan tips or nasihat sbb nanti anak akan berkata 'Berilah saya KEBEBASAN untuk membentuk anak saya sendiri. bukankah saya Ummi Hannan? tentu saya nak terbaik untuk Hannan.'....insyaallah masa tu baru kita rasa apa yang orang lain rasa skrg....sama2 tgu masa tu ye.... :).