Follow by Email

Tuesday, September 27, 2011

Lama Tak Updated

Asalamualaikum..

Wah.. lamanya ummi and abah tak updated blog.. bersawang-sawang dah.. mula dari bulan ramadhan hari tu sampai esok dah abis syawal.. apa citer terbaru?

hidup kami bertiga anak-beranak masih sama seperti dahulu.. abah masih maintain dengan berat badannya. mengawal pengambilan pemakanan berasaskan kabohidrat terutama nasi. Tahniah abah!! ummi sangat bangga dengan pencapaian abah setakat ini. nanti kita pergi jogging sama-sama yer.. target ke berat badan unggul 64KG. memang minum susu SDII tu cepat sangat turun berat badan abah. lebih kurang sebulan dah 10KILO!!!! ummi sendiri tengok penurunan berat abah yang mendadak tu.


ummi apa kabar pula??? ummi tak ambil ubat diet sebab berat badan ummi memang underweight sejak... sejak bila ek?? rasanya yg ummi ingat sejak ummi ada rekod kesihatan darjah satu dulu.. masa darjah satu ummi cuma 14KG sahaja.. entah lah kenapa berat badan ummi macam ini..

Ummi tak berapa sihat sangat.. ummi sakit apa??? ummi sakit yang mengembirakan.. NGEH..NGEH..NGEH.. dalam rahim ummi ada adik Hannan.. sekarang dah 14 minggu.. Alhamdulillah..

Hannan??? Hannan masih minum susu ummi.. tapi ummi dapat rasakan susu dah tak sebanyak dulu.. kalau minum susu nak tidur tu.. lama sangat hannan bergayut dekat ummi.. kesian anak ummi.. sabar yer sayang.. nanti bila adik baby dah lahir.. kakak hannan boleh kongsi sama2 dengan adik baby.. Ya Allah, bantulah hambaMU ini, permudahkanlah kami menyusukan anak kami.. Perbanyakkanlah susu kami dan berkatilah setaip titis susu ini.

Hannan bulan depan 20/10 akan menyambut hari lahirnya yang pertama.. Hannan masih belum tumbuh gigi, masih belum boleh berjalan, dan masih ada rambut yang sedikit.. hehehe :-) mungkin bagi ibu bapa, kami excited hendak menunggu perkembangan-perkembangan anak.. tapi saya tak lah risau sangat dia masih belum berjalan. saya akan risau kalau 18bulan pun dia belum berjalan lagi.. so.. bagi hannan mengambil masanya. (walaupun tengok anak orang lain 8,9,10 bulan pun dah jalan, tak apa. setiap anak lain-lain).

Ummi perhatikan hannan akan cuba mencapai satu tempat ke satu tempat dengan melangkah 1-2 tapak walaupun agak jauh. Ummi kira itu satu permulaan untuk dia mendapat keyakinan. dia suka sangat mengoyangkan badan dan kepalanya setiap kali dengar bunyi muzik atau ayat al-Quran. pada umur 11 bulan, hannan mula telah mengucapkan ABAH beberapa kali. Hannan mampu memahami arahan yang mudah. contohnya apabila kami panggil dia akan datang. selain itu melambai tangan Bye-bye, bersalam dan mencium tangan, membelai muka, mencium pipi, mengangkat tangan bila dipanggil, bagi high five..

Nurul Hannan.. Ummi abadikan kenangan bersama mu diblog ini.. supaya ada memori yang dikenang untuk ummi dan abah.. dan untuk tatapan hannan suatu hari nanti..

Ummi and abah sayangkan Kakak Hannan dan Adik Baby..

Wassalam.

No comments: