Follow by Email

Wednesday, February 22, 2012

Things that may make breastfeeding easier

Asalamualaikum,

cuba teka sekarang Ummi dah baper bulan? ummi dah 8 bulan lebih - 35 minggu. next week dah masuk 9 bulan dah.. tak lama jer lagi.. hmm tgk tajuk atas tu mesti macam tertanya-tanya apa yang Ummi prepare kan? sebab ummi dah banyak beli dulu masa Hannan, so kali ini Ummi nak penambahbaikkan agar lebih bersedia untuk adik Baby.. InsyaAllah.. Harapnya kali ni Ummi dapat susukan adik baby 2 tahun. Ummi x tangkap gambar sebab handphone Ummi dah rosak.. camera pon tak ada. hp sekarang ni pun yang biasa sahaja. so, ummi amik mana-mana gambar dalam internet je.. mohon share yer.. :-)

1. Nursing Pillow- dulu sampai sakit belakang, lenguh tangan sumer siap sebab menyusu Hannan dengan sangat lama.. Lebih daripada 1 jam dok bergayut. dulu pakai bantal jer. tapi tak cukup menyokong. so, ummi jumpa dekat Motherhood expo. terus grab. Harga lupa la. tapi tak sampai RM100 rasanya. ni ummi letak contoh dia :




2. Sleep Bra - dulu ingat lagi B macam berat dan tergantung dan susah sangat nak tidur. so, kali ini Ummi beli sleep bra bukan sahaja untuk senang sleep tapi di siang hari bila dirumah juga. design dia lebih mudah berbanding nursing bra yang selalu kita pakai tu. Ummi beli 3 helai jenama Autumn and Fabolousmum. RM20++ sehelai.



3. Maternity+ Nursing Blouse - sebenarnya nak tambah baju nursing yang cuma 3 helai (dah lusuh sebab selalu ulang pakai) tu je. tapi memandangkan baju maternity pun bukan nak pakai selalu, Ummi beli la juga sehelai yang menggabungkan kedua-dua ciri ini. Baju pilihan Ummi daripada Bajuibu.com. sebiji macam gambar yang Ummi letak tu. Harga RM65. kain ni sedap dipakai dan pembukaan untuk menyusu pun mudah. so Ummi bagi A untuk baju ini.



4. Nursing inner - sayang bila baju2 lain yang bukan untuk nursing tak boleh dipakai. yer.. betul ada poncho sume. tapi lebih mudah bila ada inner. so Ummi boleh padankan dengan apa-apa baju lepas ini. Ummi beli jenama Autumz. RM29.90. Ummi beli warna putih sebab boleh padan dengan apa-apa baju dan serap peluh. akan datang Ummi nak beli inner yang sleeveless pulak.







5. Milk Collection Shield - Dulu time banyak susu, meleleh sebelah bila sebelah lagi Hannan hisap. sangat membazir disitu. termasuk bila breast engorge.. untuk menyiapsediakan diri agar tidak mengalami pembaziran. Ummi gagahkan diri juga beli jenama Medela RM69.90. kenapa kena gagah? sebab rasa ada benda lain nak dibeli hehehe :-)



6. Nipple Butter - oh, sakitnya especially waktu minggu pertama breastfeed. nipple crack dan berdarah. untuk persediaan, Ummi beli nipple butter dari Medela. sejauh mana keberkesanannya, akan Ummi updated bila dah pakai ye. oh, harganya RM29 untuk 7gm.





7. Bottle 2oz - Dulu ada yang 5oz jer.. kenapa Ummi beli yang dua 2oz, sebab masa awal2 perah atau lepas Hannan minum susu, nak perah untuk kosongkan breast, selalu dapat dalam 1-2oz jer. letak dalam bottle yang 5oz buat Ummi secara psikologi nya sedih. yelah, susah-susah perah dapat sikit je. so, dengan pakai bottle 2oz ni dengan harapan Ummi tak sedih lagi sebab nampak mcam banyak walaupun 1oz je dapat. hehehe :-) sebenarnya tak lah perlu sangat pun. tapi bagi Ummi penting. Harga RM35 untuk 10 botol.

itu jer lah yang ummi beli setakat ni. tapi ummi ada WISH LIST.. masih hold sebab keadaan kewangan. Still, ummi nak share juga..

1. Medela Free Style - kenapa yer Ummi nak sangat? sebab mobility nya.. tapi bukan 1st priority. kerana keadaan kewangan sekarang tidak mengizinkan. kalau ada duit lebih, kumpul sikit2.. mungkin akan menjadi milik ku jua.. hehehe :-)

2. Plastic Sealer - Peti ais Ummi yang kecil itu tidak muat untuk meletakkan botol2 susu yang banyak. untuk menjimatkan ruang freezer, adalah lebih mudah Ummi pakai plastic untuk simpan susu. selain itu, pakai plastik boleh terus buang. mudah dan cepat. cuma, nak beli palstik yang ada seal siap tu kan mahal. jadi saya pilih beli plastic sealer yang bukan sahaja untuk seal susu tapi bahan-bahan lain pun boleh tumpang sekaki.




3. Supplement- Ummi ni jenis memilih makan. sayur tak makan. pahit. hati, kerang pun tak makan. ikan kadang-kadang. banyak benda saya tak makan. merapu-rapu je kata kawan Ummi. sebab tu kurus sahaja. Ummi belajar bahawa wanita yang menyusukan memerlukan kalori yang lebih daripada wanita biasa yang lain. oleh itu, Ummi perlu amik supplement untuk melengkapkan zat pemakanan untuk Ummi dan anak. Ummi survey dan pilih ini. tapi tak beli lagi.
A) Pertama Pil Habatusauda - dari Homeopathy, tidak ada kesan sampingan dan di buat tanpa bahan kima (siapa minat, boleh beli dengan ummi). Saya percaya Habbatusauda adalah makanan Sunnah dan mengubati pelbagai penyakit. selain itu, boleh dijadikan MILK BOOSTER.
B) Kedua Fiber Plan - dari Shaklee. Sebabnya saya tak makan sayur. pastu buah pun kalau rajin sahaja. so, ini alternatifnya.
C) Ketiga Energizing Soy Protein (ESP)- dari Shaklee. Sebabnya Ummi ni, ikan and makanan lain kurang boleh ditelan. jadi untuk mencukupi zat protein Ummi pilih untuk cuba yang ini.

so, tunggu je la bila Ummi akan bersalin. Doakan Ummi and baby selamat. Abah, Ummi and Kakak Hannan tak sabar menyambut kedatangan Adik Baby dalam family kita. Ummi harap, dapat menyusukan adik sehingga 2 tahun dan kalau Kakak Hannan masih mahu, boleh tendem nursing sekali. InsyaAllah..