Follow by Email

Tuesday, May 8, 2012

Cerita bersalin Ummi

Alhamdulillah, ummi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. nama dia Nurul Amni.. amni lahir pramatang dan sangat kecil. masa tu amni 36minggu, berat 1.98kg sahaja. mungkin ummi tidak menjaga pemakanan dan terlalu banyak berjalan dan aktif..

Memang masa ummi 8 bulan tu ummi rasa letih dan tak larat. selalu juga datang keja separuh hari atau tak datang terus. ummi letih terpaksa bekejar kesana-kemari. tak akan ummi nak dduk rehat sahaja. rumah nak juga kena uruskan, hannan nak juga kena dilayan..
Di suatu pagi, memang appointment date check up dkt klinik desa. nurse dah bitau baby kecik sangat. heart beat pun kadang-kadang dengar. tapi tak per lah. tengah hari tu masuk keja macam biasa. petang tu cakap dgn abah nak p scan dkt hospital swasta. doc yang check kata, anggaran baby dalam 2.1kg mcm tu. kalau sempat tunggu sampai 40weeks pun dalam 2.3-2.4kg je. doc tu kata air ketuban ummi memang cukup2 je. kalau berkurangan, mungkin kena paksa bersalin. ummi pun balik dengan gundah gulananya.. tapi balik-balik tu terus p Tesco pulak. sepanjang berjalan dekat Tesco tu beberapa kali memang ummi rasa perit sangat dekat ari-ari and perut.. sampai nak turun escalator, ummi dah tak tahan. nak minta rehat sekejap. mungkin ummi terlalu push diri sendiri. bila dah tak larat, buat lah mcam tak larat. masih nak tunjuk diri kuat lagi.
Lepas balik hantar mak mertua dan sampai rumah sendiri pukul 10, ummi cuba untuk tidur. sebab ummi rasa terlalu letih. tapi dekat bawah rasa sakit sangat macam sembelit. duduk dalam bilik lama, macam nak berak. ada sekali-sekala menjerit kecil menahan sakit. ummi rasa ada air kuar dari bawah sikit-sikit. ummi ingat air kencing. ok tak pe lah.. buat macam biasa je. so, lepas tu ummi pun try nak tido. baru nak lelap dalam 5-10 minit macam tu, bawah rasa basah. ummi panggil abah. abah terus suruh siap nak p hospital. ummi macam malas je. rasa nak tidur sangat ni. 10 minit pun jadi lah. masa tu abah tengah siapkan kerja. sebab abah ada program kem kepimpinan esok utk 3 hari. abah suruh tepon kakak dia (nurse) minta pendapat. 

masa tu baru tau air ketuban leaking. kena p hospital cepat, takut infection atau kalu air ketuban kering, anak lemas. kami bersiap, baju ke hospital mmg dah siap-siap dalam boot kereta. kami hantar hannan ke rumah mak mertua dulu. sian dia baru nak tido. lepas hantar dia, baru abah hantar ummi ke hospital. doc check sume, memang leaking, baru buka 1cm dan kena tahan wad. masa tu wad penuh. ummi dapat katil tambahan. tido plak satu wad dgn orang lepas bersalin. ummi tak boleh pejam mata. bersahut-sahut baby menangis. lepas sorang-sorang. tambah pulak pukul3 tu ummi dh start rasa contraction, x berapa sakt sangat. every sejam macam tu. still menggangu ummi untuk mendapatkan tido yang berkualiti. sebelum tu, tengah cuba nak tido, abah call. abah kata 'I LOVE YOU'. itu yang paling seronok sekali.. buat pemberi semangat nak menghadapi kesakitan dan saat bersalin. bukan senang tau nak dapat perkataan tu.. bila bersalin je baru dapat.. 

pagi tu doc check masih 2-3cm. tengah hari masih 3cm. ummi banyak membaca dan sudah bersedia utk hadapi saat ni. ummi tahu kalau nak cepat proses bersalin kena banyak bergerak. tapi dari pagi memang ummi sengaja tido. walaupun dapat tido sekejap2 je. contraction every 30minit. sakit belum rasa kuat lagi. tapi sakit lah juga. sebab sebelum ni ummi dah letih sangat. lepas ni nak kena kumpul kekuatan untuk contraction kuat dan untuk push baby. lepas baby keluar, nak jaga baby lagi. berada di tengah-tengah, ini je masa yang ummi ada untuk berehat. abah balik lepas waktu melawat, ummi dapat pindah katil elok sikit. ummi tido lagi. time ni betul2 tido. contraction makin kuat. sesekali terjaga, ummi makan roti, cekodok pisang (mak mertua masak) and susu. ummi perlu tenaga. dalam pukul 3 lebih, ummi dah rasa cukup rehat, p mandi, pakai baju bersih and sambung makan lagi. mula untuk proses nak bagi bersalin. ummi jalan dari katil ke katil, pusing satu wad. sambil borak2 dengan kawan-kawan dekat wad. pukul 430 ummi rasa sakit kuat sangat. ummi panggil nurse. bila doc check, dah buka 5cm. alhamdulillah. ummi fokus dengan penafasan dan masih berjalan-jalan. tunggu abah datang masa melawat. 

pukul 5 abah datang dengan hannan, mak mertua, mak and ayah. mak n ayah baru sampai dari KL. Allah je tahu betapa sakitnya time ni. contration petang ni lah paling sakit sekali. nak makan nasi pun tak sempat. cuma dapat minum susu je. kami menunggu untuk kemasukkan ke labour room. 530 nurse datang bawa wheel chair untuk ke labour room. salam peluk cium dengan semua. abah ke kaunter untuk isi borang.

masuk dalam labor room nurse and doc bersiap-siap untuk dengan peralatan. tapi time tu ummi rasa nak teran sangat. padahal baru 5mint je masuk situ, ummi cakap dekat nurse "saya rasa nak berak!!!!" nurse sume kelam kabut. haa.. jangan teran lagi. tak ready lagi.. nurse lari p cari doctor, yang kebetulan nak p solat asar. and nurse p cari abah juga. abah pun p solat asar juga.. ummi bertahan sikit lagi.. ummi dengar nurse kata dah nampak "kepala".. dengan bersiap apa yang ada.. sebab tak dan dah, nurse n doc get ready sambut baby. beberapa kali push, Nurul Amni pun selamat keluar. terus letak dekat dada ummi. lepas tu dengar amni berbunyi "ehmm..ehmm..ehmm" dengan manja. nurse bawa baby keluar and get ready jahit luka. abah pun masuk. lupa abah kata apa dekat ummi time tu.. hehehe :-) cuma ingat muka abah yang cuak dalam kelegaan. sambil usap rambut, and cium dahi ummi. pastu nurse potong line "encik boleh azankan anak sekarang".. agaknya nurse tak bagi abah kacau diorang nak jahit luka kut.. hahaha ;-)
Dalam labour room time dorang keluarkan uri dan darah meroyan tu, nurse bagi air milo panas.. bestnya.. dulu tak dapat pun mcm ni. ummi minta amni sebab nak susukan dia. nurse pun bawa letak dekat tepi ummi. tapi amni tak mau bangun.. dia cuma kuarkan bunyi "ehmm..ehmm..ehmm".. nurse pun pelik.. bagi amni bau je dada ummi. nurse kata amni kena masuk NICU sebab terlalu kecil. jadi ummi akan duduk sorang2 lah. and tak dapat susukan amni sejam pertama. susu formula adalah susu pertama yang masuk perut amni dulu.. sedih.. :-(

macam tu lah cerita ummi bersalin amni. nurse kata mudahnya bersalin. ingat 5cm lambat lagi. pukul6 dah bersalin. alhamdulillah, dengan berkat doa dan solat hajat abah, ibu-bapa dan rakan-rakan. terima kasih juga kepada yang mengambil berat, abah, ahli keluarga, rakan-rakan sekerja dan anak-anak murid.

No comments: