Follow by Email

Wednesday, May 16, 2012

Citer Tempoh Berpantang Ummi (part 1- NICU)

Ingat lagi tak ummi terpaksa duduk dlm wad tanpa Amni? sebab Amni kena duduk dlm NICU. Berat dia cuma 1.98KG and tambah plak Amni bayi pramatang. Ummi tak boleh p tgk Amni kalu abah tak datang amik ummi. sebab NICU tu jauh. kena pakai wheelchair lagi. Amni pun kena duduk diam2 je dalam tu, tak leh bawa keluar.

Ummi masuk wad kul 7 macam tu. dah lepas waktu melawat. abah dah tak boleh masuk. sume barang yang nak hantar, kena pas dekat guard je. rancangnya tengah hari esok baru nak suruh abah bawa pump. lepas abah balik kul7, ummi minum milo and makan sandwich telur. kemudian tertidur keletihan. pukul 9 malam ummi bangun. rasa macam lama sangat tidur. ingatkan dah pagi. terus ke bilik air untuk buang air kecil dan tukar pad. cuba untuk makan, walaupun kurang selera. jalan-jalan ke wad lain untuk menyembang dengan kawan-kawan wad. rasa sangat cergas dan gembira pula. lama disitu mula rasa kepala berat. perlahan-lahan ummi balik ke katil ummi dan cuba untuk tidur lagi. hmm.. tak boleh tido. lepas msg n call abah and kawan2, dah x tau nak buat apa lagi. mula ummi rasa sunyi dan teringat dekat hannan dirumah dan amni di NICU. Rindunya dekat anak-anak. ummi menangis. kan best kalau abah boleh temankan ummi dekat wad. nak buat mcam mana, kami masih belum mampu bersalin di hospital swasta. ummi tidak menangis lama. takut gila meroyan. pujuk lah diri sendiri. you're so strong!!!

Pagi besoknya dalam pukul 9am masa doktor2 datang buat round, ummi dah balik hari itu juga. tengah hari ke NICU untuk breastfeed Amni, tapi mereka baru bagi dia minum. so Amni tido je selama saya pegang and letak dia sebelah B saya. bagi dia bau. hampir 2 jam disitu, Amni tetap tido. sedih x dapat breastfeed dia. 
Petang ummi dah boleh discharge. balik ke rumah tanpa Amni disisi. Malam tu ummi mula pump untuk amni. dengan harapan dapat bekalkan EBM utnuk Amni. tapi pertama kali pump guna spectra3 (masih pakai yg lama, ketika susukan hannan dulu) setitik pun tak keluar. ummi pump dalam 20minit macam tu. Cuba pump setiap 3 jam. pagi besoknya hanya setitik.. kemudian dua tiga titik sahaja yg keluar. tengah hari melawat amni, doctor bagi amni balik. Alhamdulillah.

Tapi bila balik, Amni asik tido je. kejutkan pun tak mahu bangun. time dia bangun tu, cepat2 suakan B. tapi dia tak boleh nak hisap. sebab mulut dia terlalu kecil. masa tu dia lapar sangat. ummi perah lagi. cuma dapat satu sudu sahaja. alhamdulillah. rezeki amni buat setakat itu. ummi bersyukur. tapi,  tidak ada pilihan lain selain terpaksa abahnya ke kedai membeli susu formula. sedihnya terpaksa suapkan melalui sudu susu formula itu dan sesudu susu ummi. 

begitulah kemudiannya, setiap 2-3jam ummi perah. dari sesudu itu, dapat dua sudu, kemudian 10ml, ke 20ml. ketika itu ummi beri amni minum 1oz ke 2oz. kalu dapat 10ml, 20ml lagi ummi top up kan dengan susu formula. susu ketika itu kekuningan - colostrum. kak ipar yang nurse tu ada telefon kami betanya khabar. kami ceritakan apa yang berlaku. dia yang mencadangkan kepada kami untuk masukkan salah satu jari kita (yang bersih) ke dalam mulut amni. untuk melatih dia menghisap. mula2 dia hisap jari kelingking. kemudian setelah beberapa kali, kepada jari telunjuk. kemudian apabila dia nampak cekap ubah kepada ibu jari.

Hari keempat susu ummi lebih kurang 40-60ml. ketika itu ummi tidak berikan lagi susu formula. hanya susu yang perah dan diberikan melalui sudu. proses dia nak minum dengan sudu ambil masa yang sangat lama. SEJAM OK! ummi masih lagi melatih amni menghisap menggunakan jari dan setiap kali time minum, ummi akan berikan dulu B kalau dia mahu menghisap. tapi hampa. walaubagaimanapun, rasa syukur, susu formula itu hanya sehingga hari keempat.

hari kelima, pada pukul7:30pm, ummi cuba beri amni hisap B, dan akhirnya amni berjaya hisap dengan susah payahnya. sekejap2 terkeluar B dari mulut dia. nak masukkan amik masa seminit dua juga. masih adjust. begitu lah untuk tempoh seminggu dua. dan susu formula yang harga RM50++ tu terbuang begitu sahaja.. tak pe lah.. lebih baik begitu daripada setiap bulan kena keluar RM50+++++ ;-)

No comments: