Follow by Email

Monday, August 27, 2012

Citer Tempoh Berpantang Ummi (part 2)

Asalamualaikum, Sebenarnya yg part one tu bukan NICU sangat pun. hehehe ;-) btw, sambung part 2 pula. ummi dah draft benda ni dalam kepala ummi sepanjang tempoh pantang lagi. baru hari ni dapat menterjemahkannya di atas blog ;-) Sambil update blog, sambil pump susu.

Ingat tak hari tu ummi ada post pasal barang-barang yang mungkin akan memudahkan ummi menyusukan Amni? kali ni ummi nak citer sejauh mana sungguhnya benda2 tu memudahkan ummi menyusukan. ok kita mula kan yer:

1. Nursing pillow - hmm.. kadang-kadang membantu, kadang-kadang tidak. masa berpantang tu kurang guna sebab amni terlalu kecil. macam terperosok dia dekat dalam tu. lagi pun dia kecil je. tak terasa pun masa menyusukan dia. bila dah besar ni, berguna juga, tapi ummi yang malas nak amik and pasang.. so, untuk ummi bagi 3 star daripada 5.

2. Sleep bra- berguna pakai ni. terutama daripada Autumz sebab kain daripada kapas, sangat sedap dipakai. masa tengah pantangkan B macam selalu je rasa berat, so pakai ni ok, cuma time nak buka dia tu tidak lah se selesa pakai nursing bra buka depan. ummi bagi 4 star daripada 5.

3.Maternity + Nursing Blouse- sangat berguna, malah ummi dah tambah 2 helai lagi baju nursing. sebab ummi kurang selesa lah nak pakai nursing poncho tu. nak bawa ke hulu kehilir lagi tu.. senang je pakai baju yang dah siap nih.. cover sikit dengan tudung, steady jer.. ummi bagi 5star~full mark.

4. Nursing Inner - berguna juga pakai ni. tapi masalahnya rasa panas sebab p beli yang lengan panjang kan. kata nak beli yg sleeveless, masih belum beli lagi. tapi memang mudah bila tak pakai nursing blouse.. satu alternatif yang lain. tapi kalau diberi pilihan memang nursing blouse nombor 1. bagi 4 star daripada 5

5. Milk collection shield - kurang sikit berguna untuk ummi. sebab ummi selalu x sempat nak pakai sebelum menyusukan. last2 terserap dek kain jer. pembaziran disitu. yelah, tak kan sepanjang masa nak pakai je shield tu kan. tak selesa. lagi pun satu yang praktikal nya bila menyusu waktu berbaring.. lagi lah susah nak pakai. takut tumpah.. hmm.. ummi bagi 2 star je dari 5. sebab ummi yang tak reti nak guna dengan praktikalnya.

6. Nipple butter - sangat lah kurang bergunanya untuk ummi. sebab last2 sapu jer susu sendiri dan biar kering sendiri. mungkin ummi ni jenis malas kut time pantang. rajin beli je tapi malas nak pakai. ada 2-3 kali. tengok mcam sama je. biarkan lah luka tu elok sendiri.. ummi bagi 1 star je daripada 5.

7. Bottle 2oz- oh, yang ni sangat berguna time ummi berpantang terutama 2 minggu pertama selepas bersalin. kan amni tak pantai susu badan. nak kena perah kolustrum time tu.. Ya Allah, dapat 5 ml pun rasa macam banyak giler bila pakai botol tu.. memang psiko betul.. Ummi bagi 5 star ~ full mark

8. Medela Freestyle- Alhamdulillah wish list ummi dah tercapai. dapat dah. terima kasih abah kerana menunaikan impian ini. bestnya pakai MF ni sebab mobility nya. senang ummi yang berkerja bukan dalam bilik je, untuk bergerak. tak perlu lagi mencari suiz elektrik. ummi tak tahu lah kalau orang lain pakai dia rasa susu dia semakin banyak. bagi ummi, sama jer hasil dia dari anak pertama ke kedua, dari spectra3 ke Medela. Ummi bagi 4 star daripada 5

Medela freestyle Ummi
9. Plastic Sealer - ummi beli sebijik dalam gambar yang dulu ummi post tu. memang storage pakai ni amat mudah dan menjimatkan ruang. cuma nya yang jenis ummi beli ni (RM30) bateri dia tak tahan lama. sekejap abis. lama2 ummi pun tension. so, kalau nak beli plastic sealer, beli yang jenis electric yer.. Plastic sealer ummi beli tu bagi 1 star je sebab asik abis bateri dia.

10. Supplement - ummi ambil vitamin untuk kesihatan badan. selalu rasa letih and makan tak menentu. tapi ummi ambil vitamin dekat clinic panel je, terus tolak account medical dekat company. jimat kan? ummi amik; multivitamin, vit C, B Compleks and Omega 3.

Pil Habbatusauda (HPA) & Melilea Organic Greenfield
a) Melilea Organic Greenfield - minuman yang ummi ambil untuk top up sayur and buah-buahan.
b)Melilea Organic Soya Drink - minuman yang ummi ambil untuk top up protein. dua2 tu ummi shake sekali and minum sekali sehari. ummi start ambil sejak daripada pantang lagi. rasa badan lebih ringan and kali ni tidak ada sembelit langsung. membuang air adalah sangat mudah. ada kawan kata sejak balik cuti berpantang ni ummi nampak lebih fresh.. lagi satu, soya ni pun Milk booster juga tau.
c)Pil Habbatusauda - setakat ni Ummi kurang cepat jatuh sakit. dan kalau amik pil ni, cepat je terasa B penuh. cuma kena rajin perah/susu drect lah yer. makan lah apa2 milk booster pon, kalau tak keluarkan dia, dok tang tu jugalah susu tu.


Masa Ummi Mengandung 7 Bulan



Ummi Sekarang
Semua di atas tu cuma pendapat ummi bila menggunakannya. tidak ada niat pun untuk memburukkan mana2 pihak atau sengaja nak bagi advertising free dekat produk tu. itulah sejujurnya pengalaman yang ummi rasa. mungkin berbeza dengan orang lain. ok, sampai jumpa lagi untuk next entry..