Follow by Email

Wednesday, October 31, 2012

Menyelesaikan masalah kulit anda

Adakah anda tahu kenapa minyak dari pati Habbatusauda sesuai untuk kulit kita terutama kulit bayi yang sangat sensitif? kerana mengikut kajian, Habbatusauda pakar bertindak untuk mengubati masalah kulit.

A recent study proves again the effacy of Nigella Sativa.  Nigella sativa oil was used against staphylococcal infected mice and shown to be effective against skin disease.
Jordan routinely studies Nigella sativa as black seed is prevalent here.  The study showed these results:
Nigella Sativa seeds enhance healing of staphylococcal-infected skin by reducing total and absolute differential WBC counts, local infection and inflammation, bacterial expansion and tissue impairment.  These effects provide scientific basis for the use of Nigella sativa in traditional medicine to treat skin infections and inflammations. (http://theblessedseed.blogspot.com/)


Testimonial dari salah seorang pelanggan
        Berminat untuk  membeli Minyak Urut Habbatusauda? Hanya RM12.00 sebotol (100ml). Sangat murah!!! email kepada ateh_841117@yahoo.com.
    




Tuesday, October 30, 2012

Happy Birthday Hannan..

Hannan sudah 2 tahun, Alhamdulillah. Ummi bersyukur kerana masih berkesempatan untuk melihat hannan membesar ;-) tidak ada apa yang Ummi dan Abah inginkan. hanya berharap Hannan menjadi mujahidah yang sentiasa berjuang menegakkan syiar Islam, berjaya di akhirat mahupun di dunia.

Sekitar sambutan hari lahir Hannan, kami adakan bacaan Yassin dan Doa Selamat. kami anak beranak dan keluarga makngahnya.. terima kasih mak ngah Hannan sebab sudi menyambut bersama2 di kediamannya. tak mau cerita panjang.. biar lah gambar menceritakan segalanya.. gambar kualiti tak elok.. gegar banyak. atas gegeran (hehehe)

 hannan and sepupu seronok pakai mask and topi

 Hannan cuba untuk buat peace tapi tak berapa nak menjadi

 Hannan merenung kek birthday nya.. entah apa yang difikirkan

 Happy Birthday Hannan - Kek Tiramisu

 Take away KFC - senang je, tak yah masak2 dah.. 

 Hannan sibuk pandang Amni daripada potong kek

 Abah tolong potongkan kek Hannan

 Bersama keluarga MakNgah -1-

  Bersama keluarga MakNgah -2-

 MakNgah tolong potong kek

 Ummi, Hannan and Amni

 Yummy3..

 Semua orang sedang menjamu selera, adik Amni tertidur di atas lengan ummi.

Abah kekenyangan.. 

Hannan.. semoga menjadi Hamba Allah yang taat dan anak yang solehah.. Ameennnn

Wednesday, October 17, 2012

Masa berlalu begitu pantas

Lagi beberapa hari sahaja untuk ke 20 October 2012. tanggal tarikh ini dua tahun lepas adalah waktu ummi bertarung nyawa melahirkan Hannan. sekarang sudah melangkah ke umur 2tahun. banyak sungguh kepandaian dia sekarang. baru-baru ini Ummi perasan dia sudah pandai ekpresikan kemarahan/ketidak puashatian dia. bila ummi larang, dia lagi akan buat. kemudian dia akan ketuk/hempas apa sahaja barang dekat tangan dia. atau kadang-kadang tu dia kan jerit kuat-kuat sehingga ummi mengikut apa dia cakap. Ummi cuba perhatikan kembali cara ummi berkomunikasi. sebab seorang kanak-kanak itu akan mengikut/belajar dari sikap mak dan ayahnya. yer, ummi ada baling barang ketika marah. yer, ummi ada menjerit kepada dia bila dia tidak mendengar kata-kata ummi. 

maka, ummi sedar.. ummi lah yang perlu berubah dan mendidik dulu diri ummi sebelum mengajar hannan sikap mengawal kemarahan/emosi. InsyaAllah, akan ummi cuba.


sekarang adik sudah 7 bulan. hari2 adik amni akan makan bubur yang ummi masak disamping jus buah dan susu ummi. Alhamdulillah Ya Allah, atas segala yang Engkau kurniakan kepada kami. Jadikanlah kami dan keturunan kami penyejuk hati kami, dan jadikan lah kami dan keturunan kami imam bagi orang-orang yang beriman.. Ameeen.