Follow by Email

Wednesday, October 17, 2012

Masa berlalu begitu pantas

Lagi beberapa hari sahaja untuk ke 20 October 2012. tanggal tarikh ini dua tahun lepas adalah waktu ummi bertarung nyawa melahirkan Hannan. sekarang sudah melangkah ke umur 2tahun. banyak sungguh kepandaian dia sekarang. baru-baru ini Ummi perasan dia sudah pandai ekpresikan kemarahan/ketidak puashatian dia. bila ummi larang, dia lagi akan buat. kemudian dia akan ketuk/hempas apa sahaja barang dekat tangan dia. atau kadang-kadang tu dia kan jerit kuat-kuat sehingga ummi mengikut apa dia cakap. Ummi cuba perhatikan kembali cara ummi berkomunikasi. sebab seorang kanak-kanak itu akan mengikut/belajar dari sikap mak dan ayahnya. yer, ummi ada baling barang ketika marah. yer, ummi ada menjerit kepada dia bila dia tidak mendengar kata-kata ummi. 

maka, ummi sedar.. ummi lah yang perlu berubah dan mendidik dulu diri ummi sebelum mengajar hannan sikap mengawal kemarahan/emosi. InsyaAllah, akan ummi cuba.


sekarang adik sudah 7 bulan. hari2 adik amni akan makan bubur yang ummi masak disamping jus buah dan susu ummi. Alhamdulillah Ya Allah, atas segala yang Engkau kurniakan kepada kami. Jadikanlah kami dan keturunan kami penyejuk hati kami, dan jadikan lah kami dan keturunan kami imam bagi orang-orang yang beriman.. Ameeen.

No comments: